Friday, January 15, 2010

Inflame

Anwar Ibrahim terlalu memandang tinggi negara luar. Semua yang datang dari luar dijadikan sandaran kepadanya untuk meyakinkan penyokong dan memukau rakyat. Anwar mahu dipandang tinggi dan diangkat sebagai dewa. Ya..Anwar mahu diangkat sebagai dewa yang akan menyelamatkan Malaysia.

Sejarah Anwar dari zaman pelajar hingga bekas pelajar Sungai Buloh penuh dengan pengaruhi luar. Anwar pernah mengaku bahawa buku-buku inggeris dan tokoh revolusionar banyak mempengaruh keperibadian diri hari ini. Mengapa Anwar meninggalkan segala pengaruh dunia Islam yang selalu menjadi mainan dibibir. Ini yang tidak dapat kami rungkaikan kerana dunia 2 alam Anwar penuh dengan misteri.

Permerhatian kami terhadap Anwar penuh dengan Autarisme. Anwar sudah menjadi manusia yan hilang jati diri cintakan negara. Dalam isu kalimah Allah menyerlahkan lagi topeng hipokrasi Anwar yang sebenar. Janji Anwar semasa pertemuan dengan ketua-ketua paderi seluruh negara ketika kempen PRU ke-12 dan sokongan tanpa berbelah bagi pihak gereja telah menjerat Anwar.

Kami petik kenyataan Anwar dari blognya: "We are outraged by the tragic attacks on our Christian brothers and sisters and reiterate our unequivocal condemnation of the bombing of churches in Malaysia" (Kita amat marah dengan serangan tragis yang dilakukan terhadap saudara Kristian kita dan mengulangi bahawa kita mengutuk dengan keras tindakan mengebom gereja di Malaysia)

Apa yang bombing.? Adakah kerana penyerang menggunakan molotov cocktail (botol yang dipenuhi petrol) sudah boleh Anwar anggap pengeboman yang digambarkan maha dasyat. Atau mungkin istilah inflaming tidak menjadi highlight media luar untuk memburuk-burukkan Malaysia.

Begitulah sikap Anwar. Ucapannya selalu dipenuhi dengan imaginasi dan klise atau stereotaip. Apa yang dikesal, Anwar agak emosional ketika menekankan 'bombing' dalam ucapannya. Adakah gereja dibom.? Apakah sudah menjadi budaya kita untuk mengebom sepertimana yang berlaku di selatan thai dan indonesia?

Rakyat Malaysia belum sampai ke tahap seperti itu kecuali Anwar adalah pelopornya. Itu tidak mustahil kerana tiada yang mustahil dalam kamus hidup Anwar. Malaysia pasti tidak akan lupa kegilaan yang dicipta Anwar. Kisah menuju ke Putrajaya melalui jalan belakang (16 Sep) antara desperado Anwar yang gila. Impian Anwar tidak lebih hanya mahu mengalihkan perhatian daripada kes liwat yang terbongkar tanggal Jun 2008.

Anwar selalu menggambarkan kepada luar, negara ini berada dalam keadaan yang tidak stabil. Anwar mahu menonjolkan dirinya adalah kunci kepada kestabilan Malaysia. Anwar sedar keyakinan pihak luar terhadapnya sudah longgar. Sudah tidak ummpphh..janji-janjinya yang melangit sudah tidak boleh dikota lagi.

Kami percaya, isu kalimah Allah sebenarnya sudah sampai ke fasa pentas politik yang akan digunakan Anwar sebaik mungkin. Buang sifat Melayu dan kalimah kesamarataan agenda Anwar untuk menawan Malaysia Timur dan antara strategis 'penyelia' luar untuk Anwar mencapai impian sebagai PM.

oleh : Rawna Miharbi

1 comment:

  1. salam. Dengan rasminya saya menjadi follower anda. Tolong senaraikan blog saya untuk kita sama-sama berjuang menegakan kebenaran.

    ReplyDelete