Wednesday, January 13, 2010

Anwar Makin Terdesak

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Umat Islam dan rakyat negara ini diingatkan supaya tidak terperangkap dengan permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor (gambar) mendakwa, pendirian semasa Penasihat PKR itu berhubung isu itu disebabkan beliau semakin terdesak dengan tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang semakin hampir.

Dalam masa sama, dakwa beliau, Anwar juga mahu menggunakan isu itu untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.

"Saya menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia tidak terperangkap dalam permainan politik Anwar yang semakin terdesak.

"Anwar yang terdesak kerana tuduhan meliwat itu akan melakukan apa saja untuk merosakkan keharmonian negara serta mengalihkan perhatian rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

1 comment:

  1. EZAM, MANA CERITA 7 KOTAK DAN PENDEDAHAN YANG YOU NAK DEDAHKAN TENTANG KEBURUKAN DAN KEJAHATAN ABANG ANGKAT YOU YANG BERNAMA ANWAR IBRAHIM TU ?

    SAMPAI HARI INI APA PUN TAK ADE.

    JANGAN JANGAN YOU ADA RANCANGAN APA APA TAK DENGAN ANWAR IBRAHIM SENDIRI ?

    ReplyDelete