Friday, January 15, 2010

Inflame

Anwar Ibrahim terlalu memandang tinggi negara luar. Semua yang datang dari luar dijadikan sandaran kepadanya untuk meyakinkan penyokong dan memukau rakyat. Anwar mahu dipandang tinggi dan diangkat sebagai dewa. Ya..Anwar mahu diangkat sebagai dewa yang akan menyelamatkan Malaysia.

Sejarah Anwar dari zaman pelajar hingga bekas pelajar Sungai Buloh penuh dengan pengaruhi luar. Anwar pernah mengaku bahawa buku-buku inggeris dan tokoh revolusionar banyak mempengaruh keperibadian diri hari ini. Mengapa Anwar meninggalkan segala pengaruh dunia Islam yang selalu menjadi mainan dibibir. Ini yang tidak dapat kami rungkaikan kerana dunia 2 alam Anwar penuh dengan misteri.

Permerhatian kami terhadap Anwar penuh dengan Autarisme. Anwar sudah menjadi manusia yan hilang jati diri cintakan negara. Dalam isu kalimah Allah menyerlahkan lagi topeng hipokrasi Anwar yang sebenar. Janji Anwar semasa pertemuan dengan ketua-ketua paderi seluruh negara ketika kempen PRU ke-12 dan sokongan tanpa berbelah bagi pihak gereja telah menjerat Anwar.

Kami petik kenyataan Anwar dari blognya: "We are outraged by the tragic attacks on our Christian brothers and sisters and reiterate our unequivocal condemnation of the bombing of churches in Malaysia" (Kita amat marah dengan serangan tragis yang dilakukan terhadap saudara Kristian kita dan mengulangi bahawa kita mengutuk dengan keras tindakan mengebom gereja di Malaysia)

Apa yang bombing.? Adakah kerana penyerang menggunakan molotov cocktail (botol yang dipenuhi petrol) sudah boleh Anwar anggap pengeboman yang digambarkan maha dasyat. Atau mungkin istilah inflaming tidak menjadi highlight media luar untuk memburuk-burukkan Malaysia.

Begitulah sikap Anwar. Ucapannya selalu dipenuhi dengan imaginasi dan klise atau stereotaip. Apa yang dikesal, Anwar agak emosional ketika menekankan 'bombing' dalam ucapannya. Adakah gereja dibom.? Apakah sudah menjadi budaya kita untuk mengebom sepertimana yang berlaku di selatan thai dan indonesia?

Rakyat Malaysia belum sampai ke tahap seperti itu kecuali Anwar adalah pelopornya. Itu tidak mustahil kerana tiada yang mustahil dalam kamus hidup Anwar. Malaysia pasti tidak akan lupa kegilaan yang dicipta Anwar. Kisah menuju ke Putrajaya melalui jalan belakang (16 Sep) antara desperado Anwar yang gila. Impian Anwar tidak lebih hanya mahu mengalihkan perhatian daripada kes liwat yang terbongkar tanggal Jun 2008.

Anwar selalu menggambarkan kepada luar, negara ini berada dalam keadaan yang tidak stabil. Anwar mahu menonjolkan dirinya adalah kunci kepada kestabilan Malaysia. Anwar sedar keyakinan pihak luar terhadapnya sudah longgar. Sudah tidak ummpphh..janji-janjinya yang melangit sudah tidak boleh dikota lagi.

Kami percaya, isu kalimah Allah sebenarnya sudah sampai ke fasa pentas politik yang akan digunakan Anwar sebaik mungkin. Buang sifat Melayu dan kalimah kesamarataan agenda Anwar untuk menawan Malaysia Timur dan antara strategis 'penyelia' luar untuk Anwar mencapai impian sebagai PM.

oleh : Rawna Miharbi

Wednesday, January 13, 2010

Anwar Makin Terdesak

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Umat Islam dan rakyat negara ini diingatkan supaya tidak terperangkap dengan permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor (gambar) mendakwa, pendirian semasa Penasihat PKR itu berhubung isu itu disebabkan beliau semakin terdesak dengan tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang semakin hampir.

Dalam masa sama, dakwa beliau, Anwar juga mahu menggunakan isu itu untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.

"Saya menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia tidak terperangkap dalam permainan politik Anwar yang semakin terdesak.

"Anwar yang terdesak kerana tuduhan meliwat itu akan melakukan apa saja untuk merosakkan keharmonian negara serta mengalihkan perhatian rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, January 7, 2010

Grup Psywar Anwar Dan RPK

Sejarah sudah tercatat, kemenangan besar PKR pada April 2008 banyak dipengaruhi oleh peranan media internet. Antara yang paling awal berkecimpung adalah Malaysia Today yang digerakkan oleh Raja Petra Kamaruddin. Trafik yang tinggi di Malaysia Today membuatkan Anwar sangat berkeyakinan dengan kemampuan RPK untuk menjahanamkan imej Malaysia.

1. Diari merah Anwar pernah mencatatkan pertemuan demi pertemuan grup psywar Anwar semenjak Mei 2009 dengan RPK bagi mengembangkan pengaruh Malaysia Today untuk memberi kredit atau political mileage kepada PKR. Anwar mempercayai RPK tapi dalam masa yang sama menganggap dia adalah anjing yang boleh mengigit tuan jika tidak dibela dengan betul.

2. Kewujudan Free Anwar Kempen semasa zaman reformasi yang digerak oleh RPK antara penyebab Anwar mengagumi kredibiliti RPK. Antara strateginya memperhebatkan serangan kritikan melalui blog-blog yang proPKR daan mengeksploitasi sebarang isu seperti P.I Bala, skandal PKFZ dan BTN yang akan menyebabkan kerajaan dan media perdana sibuk untuk menyanggah.

3. Kami tahu RPK memang ekspert dalam hal ini dan strateginya adalah untuk menunjukkan kerajaan berada dipihak yang bertahan. Kewujudan buku skandal RM 100 billion oleh Tun Dr. Mahathir juga akan digunakan oleh kumpulan Anwar dengan translate bahasa melayu supaya edarannya akan lebih meluas dalam media internet.

4. Kami sangat berkeyakinan versi melayu pasti akan bertaburan dalam dunia siber nanti.

Apartment RPK Bersebelahan Dengan Kalimullah.

Kami sangat terkejut apabila banyak blog yang menyiarkan pembolosan RPK daripada kawalan keselamatan negara. Bagaimanapun kami tidak kekok jika mengatakan Anwar Ibrahim adalah dalang disebalik pembolosan ini.

Untuk mengesahkan perkara ini adalah mustahil jika diminta bukti-bukti seperti tiket flight atau flight transaction di KLIA kerana perancangan sudah tercatat dalam buku merah ini. RPK adalah anjing belaan Anwar yang liar dan lingkungan inner cycle PKR kurang mengetahui perkara ini kerana Anwar tidak mempercayai kalangan pemimpin PKR selain Azmin.

Bagaimana kami mahu dapatkan bukti-bukti itu.? Jawapannya ada. Anwar menggunakan Datuk Kalimullah sebagai transporter RPK ke UK. Kami berpendapat Anwar menggunakan kepakaran Datuk Kalimullah sebagai 'agen pelancongan' yang berpengalaman dan pernah dituduh sebagai pengkhianat kerana tindakan subversifnya semasa pentadbiran Tun Abdullah.

Perkara ini mungkin agak mengejutkan dan menguatkan lagi dakwaan penglibatan Anwar dan Datuk Kalimullah dalam pembolosan RPK. Untuk makluman kediaman RPK yang terletak di Gloucester Terrance, Bayswater adalah bersebelahan dengan apartmen Datuk Kalimullah. Walaupun penafian belum lagi kedengaran dalam media perdana negara ini tetapi segala pergerakan telah tercatat didalam diari ini.

Jadi kami tidak hairan kenapa mesti rangkaian Anwar di UK menjaga RPK dengan berkesan selama hampir setengah tahun. Ini kerana perancangan Anwar dan RPK selepas April 2009 adalah menggunakan Malaysia Today untuk menghentam kerajaan dan dibiayai terus oleh Anwar dari dana luar negara.

Bersambung....

Wednesday, January 6, 2010

Selepas Sulaiman Abdullah, Mungkinkah Sankara Nair Menarik Diri.?

Semalam mahkamah menolak semakan kehakiman yang dikemukan oleh Anwar terhadap satu kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pendakwa raya. Alasan mahkamah tinggi menganggap permohonan itu remeh dan menyusahkan serta menyalahgunakan proses mahkamah. Sini

Kami (Diari Anwar) menganggap tindakan Anwar sebagai dayus dan terdesak memandangkan Anwar sangat hebat dan lantang dalam memperjuangkan keadilan (kononnya). Respon hakim mahkamah tinggi yang menganggap permohonan itu sebagai remeh dan menyusahkan adalah tepat. Orang-orang disekeliling Anwar khususnya para peguambela tahu betapa Anwar terdesak untuk mencuci dosanya. Perancangan 2010 sebagai tahun penentu nasib politiknya telah dirancang bagi memberi gambaran Anwar masih lagi 'bernyawa'. Sini

Kami kepingin sekali membongkar perancangan Anwar yang makin hari makin tersepit dengan percaturannya sendiri. Masih ingat lagi rangkaian peguam bela Anwar yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah.? Sebagai pemegang diari merah Anwar segalanya kami tahu walaupun perkara itu tidak didedahkan didalam inner cycle Anwar sendiri.

Dari pemahaman, rangkaian peguam bela Anwar mula memberontak dan berpecah kerana selepas Sulaiman Abdullah menarik diri (walaupun alasannya sukar diterima peguam lain) terdapat peguam yang mahu mendominasi dan bersikap arrogant kerana mahu menjaga kepentingan parti dan individu.

Dalam rangkaian 9 peguam bela Anwar termasuk Karpal Singh, Sivarasa dan Sankara adalah peguam yang tidak sefahaman. Sivarasa mempunyai barisan orang kepercayaannya sendiri. Lathefa Koya, Amer Hamzah, Edmund James Bond antara yang condong kepadanya tetapi Sankara Nair selain dari Raja Addruce dan Dato Param Cumaraswamy, Karpal Singh juga lebih mempercayai beliau. Jika diikutkan pengalaman, Sankara dan Raja Addruce antara peguam yang masih lagi bersama Anwar selepas kes 1998.

Dalam satu pertemuan, Sankara Nair pernah meyuarakan hasratnya untuk menarik diri sepertimana Sulaiman Abdullah dan hanya mahu kekal dalam kumpulan peguambela kes saman sahaja. Keinginan Sankara semakin jelas bila dia menelefon Dato' Param dan menyatakan hasratnya setelah berbincang dengan Karpal Singh yang juga berura-ura untuk menarik diri.

Dato' Param adalah peguam yang jarang diberi perhatian tetapi kini dia telah memahami kenapa mesti Sulaiman Abdullah menarik diri. Permintaan Sankara cuma dia tidak mahu bekerjasama dengan kumpulan Sivarasa yang dianggapnya sebagai 'bunch of idiots' dan tidak berpengalaman dalam kes yang berprofil tinggi. Apa yang mengejutkan Dato' Param juga tidak sefahaman dengan Sivarasa dan enggan bekerjasama tambahan sikap bodoh Edmund james Bond yang langsung tidak digemari oleh Karpal Singh.

Bagaimanapun, dalam kelompok peguam bela Anwar alasan utama Sankara mahu menarik diri adalah kerana sikap Anwar yang tidak berpegang pada janji dan telah mendedahkan aib Sankara kepada semua orang. Ini ditambah dengan kekecewaan Sankara yang telah mengadu kepada Teresa Kok apa yang telah Anwar lakukan kepadanya. Apa yang mampu dilakukan Sankara adalah mahu melihat sejauh mana permainan Anwar.

Perkiraan kami mudah, rangkaian peguambela Anwar sudah berpecah. Ada kelompok proPKR dan satu lagi kumpulan ekspertis 1998. Jika Sankara Nair menarik diri pasti ramai lagi peguam yang akan tarik diri bukan kerana alasan tidak dapat memberi komitmen tetapi kerana kes liwat itu akan menjerat profesionalisme mereka.

Tuesday, January 5, 2010

2010 Dan Strategi Anwar Ibrahim

Pertemuan sehingga awal pagi kelmarin di Bangsar – bersama seorang ’strategis’ PKR sememangnya membuka minda. Nampaknya, Pak Sheikh dalam memberikan didikan politik kepada aktivis PKR sudahpun berjaya mendidik anak-anak buahnya supaya berfikir ‘outside of the box’ dalam banyak perkara. Politik tidak boleh lagi didefinisi secara straightforward dan lurus. Kena study juga bengkak bengkoknya. Kena tengok juga selekoh-selekoh kecil yang boleh digunapakai dalam menentukan ‘momentum politik’ mampu dikekalkan.

Bagi memberikan pengekalan kepada ‘momentum politik’; 2010 sudahpun dicanangkan oleh inner circle Anwar sebagai ‘tahun pilihanraya’. Sambil memberikan beberapa kawasan yang bakal berhadapan dengan Pilihanraya – termasuk satu/dua di Kelantan; satu/dua di Selangor – beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pengetahuan Pak Sheikh. Ini bukan strategi semberono. Semuanya juga bergantung kepada kuasa Allah SWT. Tapi, mengklasifikasikan beberapa ADUN/MP yang ‘nyawa-nyawa ikan’ adalah terma yang digunapakai. Gerakan strategik pilihanraya mesti dimulakan sekarang.
Setelah meneliti cadangan dan persediaan beberapa kawasan yang YBnya ‘nyawa-nyawa ikan’; Anwar juga ada mencadangkan agar PR membawa agenda pilihanraya kepada ‘level yang berikutnya’. Anwar ada mencadangkan agar beberapa Jawatankuasa Strategik dibentuk dalam mengenalpasti kemungkinan mengadakan pilihanraya awal di beberapa buah Negeri. Ini bakal dijadikan momentum yang yang lebih bermakna kata Anwar. Namun begitu, ini memerlukan pemerhatian yang menyeluruh dan bersungguh. Ini termasuk Jawatankuasa khusus yang melihat kepada soal Perundangan dan Hukum.

Ada undang-undang Negeri yang ‘membolehkan’ pilihanraya awal; tanpa memerlukan ‘endorsement’ DYMM Sultan dan ada yang tidak. Ini semua Anwar mahu diperhalusi sekarang. Beberapa kertas cadangan sudahpun dimajukan kepada kalangan pengamal undang-undang di peringkat Komanwel. Bersungguh Anwar kali ini.
Apa tujuan mengadakan pilihanraya awal? Anwar tahu dan maklum, bahawa 2010 ini bakal menjadi ‘deciding year’ kepada nasib politiknya. Sementara masih banyak usaha mesti dilakukan team legalnya dalam berhadapan dengan kes sodomi; politik tidak boleh ditinggalkan. Anwar mesti menyusun kaedah bahawa kerajaan akan ‘disibukkan’ dengan ‘elemen kejutan’ di dalam beberapa perkara yang sangat tidak dijangka. Ini sebahagian daripada ‘Art of WAR’ yang akan Anwar usahakan. Tidak ada advantage yang lebih baik, daripada elements of surprises di dalam politik.
Secara jujur, BN pun seakan tampil TIDAK SEDIA. Banyak Negeri masih kacau bilau. Terengganu dinobatkan sebagai Negeri yang iklim UMNO-nya dikatakan sudah selesai. Jawapan di bawah tidak begitu. UMNO Terengganu pada hakikatnya lumpuh. Tidak bersatu dan kacau bilau. Samalah di Kedah. Selangor pun sekadar cukup makan. Satim Diman yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baru – hanyalah seorang opportunist yang tahu membuat harta. Tidak lebih daripada itu. Strategi politik? Semuanya terletak kepada Noh.
Semua report ini, menurut sumber yang penulis temui – ada pada Anwar. Anwar juga sangat berkeyakinan bahawa 2010 ini adalah tahun terbaik buat PR meletakkan sauh politik secara lebih kukuh dan dalam. Ini hanya mampu dilakukan sekiranya momentum pilihanraya dapat direalisasikan. Agaknya, kalau boleh menyusun tarikh pemergian YB nyawa-nyawa ikan (istilah politik PKR); mahu sahaja Anwar menyusunnya mengikut bulan tertentu. Selang sebulan atau dua, bagi memastikan perjalanan politik akan kekal terjamin.
Anwar mesti diakui sebagai pemain politik yang sangat taktikal. Untuk kerajaan dan pimpinan ‘under-estimating’ Anwar adalah satu perkara yang sangat merbahaya. Strategi Anwar, sangat tersusun dan coordinated. Ironinya, ada ketika – kerajaan pula memberikan banyak ‘bullets’ kepada Anwar untuk menyerang. Agaknya, kerajaan sudah jemu memerintah. Jadi, mereka sendiri mahukan pembaharuan.
2010 kepada Najib adalah politik ’santa claus’. Najib akan menyusun lawatan demi lawatan, demi lawatan ke seluruh Negara dalam agenda kononnya ‘mendahulukan rakyat’. Najib tidak interested dengan ‘political outcomes’. Najib tidak minat dengan ‘political KPI’. Najib percaya dengan ‘assessment politik’ yang dilakukan oleh orang ekonomi. Semuanya dibentangkan secara statistikal, tanpa sebarang ‘asas politik’. Itu masalah lain. Yang penting, Anwar ada strategi dan kemahuan sendiri.
Under-estimate gerakan dan gelagat politik Anwar adalah perkara yang sangat merbahaya kepada UMNO/BN. Tapi kalau dah ‘jemu dan muak’ dengan kuasa; apa lagi yang mampu kita lakukan. Hakikatnya, dalam berhadapan dengan nasib politik yang tidak menentu – Anwar masih mampu berfikir secara strategik dan berkesan. Agaknya, pemikiran ‘lateral’ Anwar lebih matang daripada kaedah Blue Ocean yang dipelajari pimpinan kerajaan.