Tuesday, January 5, 2010

2010 Dan Strategi Anwar Ibrahim

Pertemuan sehingga awal pagi kelmarin di Bangsar – bersama seorang ’strategis’ PKR sememangnya membuka minda. Nampaknya, Pak Sheikh dalam memberikan didikan politik kepada aktivis PKR sudahpun berjaya mendidik anak-anak buahnya supaya berfikir ‘outside of the box’ dalam banyak perkara. Politik tidak boleh lagi didefinisi secara straightforward dan lurus. Kena study juga bengkak bengkoknya. Kena tengok juga selekoh-selekoh kecil yang boleh digunapakai dalam menentukan ‘momentum politik’ mampu dikekalkan.

Bagi memberikan pengekalan kepada ‘momentum politik’; 2010 sudahpun dicanangkan oleh inner circle Anwar sebagai ‘tahun pilihanraya’. Sambil memberikan beberapa kawasan yang bakal berhadapan dengan Pilihanraya – termasuk satu/dua di Kelantan; satu/dua di Selangor – beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pengetahuan Pak Sheikh. Ini bukan strategi semberono. Semuanya juga bergantung kepada kuasa Allah SWT. Tapi, mengklasifikasikan beberapa ADUN/MP yang ‘nyawa-nyawa ikan’ adalah terma yang digunapakai. Gerakan strategik pilihanraya mesti dimulakan sekarang.
Setelah meneliti cadangan dan persediaan beberapa kawasan yang YBnya ‘nyawa-nyawa ikan’; Anwar juga ada mencadangkan agar PR membawa agenda pilihanraya kepada ‘level yang berikutnya’. Anwar ada mencadangkan agar beberapa Jawatankuasa Strategik dibentuk dalam mengenalpasti kemungkinan mengadakan pilihanraya awal di beberapa buah Negeri. Ini bakal dijadikan momentum yang yang lebih bermakna kata Anwar. Namun begitu, ini memerlukan pemerhatian yang menyeluruh dan bersungguh. Ini termasuk Jawatankuasa khusus yang melihat kepada soal Perundangan dan Hukum.

Ada undang-undang Negeri yang ‘membolehkan’ pilihanraya awal; tanpa memerlukan ‘endorsement’ DYMM Sultan dan ada yang tidak. Ini semua Anwar mahu diperhalusi sekarang. Beberapa kertas cadangan sudahpun dimajukan kepada kalangan pengamal undang-undang di peringkat Komanwel. Bersungguh Anwar kali ini.
Apa tujuan mengadakan pilihanraya awal? Anwar tahu dan maklum, bahawa 2010 ini bakal menjadi ‘deciding year’ kepada nasib politiknya. Sementara masih banyak usaha mesti dilakukan team legalnya dalam berhadapan dengan kes sodomi; politik tidak boleh ditinggalkan. Anwar mesti menyusun kaedah bahawa kerajaan akan ‘disibukkan’ dengan ‘elemen kejutan’ di dalam beberapa perkara yang sangat tidak dijangka. Ini sebahagian daripada ‘Art of WAR’ yang akan Anwar usahakan. Tidak ada advantage yang lebih baik, daripada elements of surprises di dalam politik.
Secara jujur, BN pun seakan tampil TIDAK SEDIA. Banyak Negeri masih kacau bilau. Terengganu dinobatkan sebagai Negeri yang iklim UMNO-nya dikatakan sudah selesai. Jawapan di bawah tidak begitu. UMNO Terengganu pada hakikatnya lumpuh. Tidak bersatu dan kacau bilau. Samalah di Kedah. Selangor pun sekadar cukup makan. Satim Diman yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baru – hanyalah seorang opportunist yang tahu membuat harta. Tidak lebih daripada itu. Strategi politik? Semuanya terletak kepada Noh.
Semua report ini, menurut sumber yang penulis temui – ada pada Anwar. Anwar juga sangat berkeyakinan bahawa 2010 ini adalah tahun terbaik buat PR meletakkan sauh politik secara lebih kukuh dan dalam. Ini hanya mampu dilakukan sekiranya momentum pilihanraya dapat direalisasikan. Agaknya, kalau boleh menyusun tarikh pemergian YB nyawa-nyawa ikan (istilah politik PKR); mahu sahaja Anwar menyusunnya mengikut bulan tertentu. Selang sebulan atau dua, bagi memastikan perjalanan politik akan kekal terjamin.
Anwar mesti diakui sebagai pemain politik yang sangat taktikal. Untuk kerajaan dan pimpinan ‘under-estimating’ Anwar adalah satu perkara yang sangat merbahaya. Strategi Anwar, sangat tersusun dan coordinated. Ironinya, ada ketika – kerajaan pula memberikan banyak ‘bullets’ kepada Anwar untuk menyerang. Agaknya, kerajaan sudah jemu memerintah. Jadi, mereka sendiri mahukan pembaharuan.
2010 kepada Najib adalah politik ’santa claus’. Najib akan menyusun lawatan demi lawatan, demi lawatan ke seluruh Negara dalam agenda kononnya ‘mendahulukan rakyat’. Najib tidak interested dengan ‘political outcomes’. Najib tidak minat dengan ‘political KPI’. Najib percaya dengan ‘assessment politik’ yang dilakukan oleh orang ekonomi. Semuanya dibentangkan secara statistikal, tanpa sebarang ‘asas politik’. Itu masalah lain. Yang penting, Anwar ada strategi dan kemahuan sendiri.
Under-estimate gerakan dan gelagat politik Anwar adalah perkara yang sangat merbahaya kepada UMNO/BN. Tapi kalau dah ‘jemu dan muak’ dengan kuasa; apa lagi yang mampu kita lakukan. Hakikatnya, dalam berhadapan dengan nasib politik yang tidak menentu – Anwar masih mampu berfikir secara strategik dan berkesan. Agaknya, pemikiran ‘lateral’ Anwar lebih matang daripada kaedah Blue Ocean yang dipelajari pimpinan kerajaan.

No comments:

Post a Comment