Thursday, January 7, 2010

Apartment RPK Bersebelahan Dengan Kalimullah.

Kami sangat terkejut apabila banyak blog yang menyiarkan pembolosan RPK daripada kawalan keselamatan negara. Bagaimanapun kami tidak kekok jika mengatakan Anwar Ibrahim adalah dalang disebalik pembolosan ini.

Untuk mengesahkan perkara ini adalah mustahil jika diminta bukti-bukti seperti tiket flight atau flight transaction di KLIA kerana perancangan sudah tercatat dalam buku merah ini. RPK adalah anjing belaan Anwar yang liar dan lingkungan inner cycle PKR kurang mengetahui perkara ini kerana Anwar tidak mempercayai kalangan pemimpin PKR selain Azmin.

Bagaimana kami mahu dapatkan bukti-bukti itu.? Jawapannya ada. Anwar menggunakan Datuk Kalimullah sebagai transporter RPK ke UK. Kami berpendapat Anwar menggunakan kepakaran Datuk Kalimullah sebagai 'agen pelancongan' yang berpengalaman dan pernah dituduh sebagai pengkhianat kerana tindakan subversifnya semasa pentadbiran Tun Abdullah.

Perkara ini mungkin agak mengejutkan dan menguatkan lagi dakwaan penglibatan Anwar dan Datuk Kalimullah dalam pembolosan RPK. Untuk makluman kediaman RPK yang terletak di Gloucester Terrance, Bayswater adalah bersebelahan dengan apartmen Datuk Kalimullah. Walaupun penafian belum lagi kedengaran dalam media perdana negara ini tetapi segala pergerakan telah tercatat didalam diari ini.

Jadi kami tidak hairan kenapa mesti rangkaian Anwar di UK menjaga RPK dengan berkesan selama hampir setengah tahun. Ini kerana perancangan Anwar dan RPK selepas April 2009 adalah menggunakan Malaysia Today untuk menghentam kerajaan dan dibiayai terus oleh Anwar dari dana luar negara.

Bersambung....

1 comment:

  1. siasat siapa yang bertanggungjawab.jangan biarkan walau seincipun RPK begerak.memang dasar bacul buat taik kemudian blah,lepas tu siap gelak2kan polis2 M'sia.seorang insan yg cukup kurang ajar.inilah balasan untuk org yg mempersiakan anak dan bini.tangkap dia,tangkap!!!wooooiiii...jangan lari...kalau tidak kami tembak!!(kemudian RPK membalas)"woii..jgn tembak!kalau tidak aku lari...
    -aku ingatla polis sengaja membiarkan RPK ni lari, supaya dia menuju kerangkaianya.jgn sampai RPK ni kena bunuh plak sudah la,nnti muncul konspirasi baru...

    ReplyDelete